Selamat bersua kembali tetapi kali ini di dalam suasana yang cukup seronok. Musim cuti sekolah, tetapi tidak bagi adik-adik remaja yang sedang berperang dengan peperiksaan besar; SPM yang tinggal beberapa hari lagi. Semoga berjaya diucapkan. Apabila melihat dengan tunak mata sendiri akan rencana dan aktiviti adik-adik kita yang sedang menikmati cuti sekolah kali ini, timbul rasa bimbang yang tiada bertepi.
Senario umat manusia hari ini berhempas pulas mempertahankan jati diri dan mencari-cari formula berkesan untuk mengembalikan kegemilangan masa lampau terutama terhadap anak-anak muda masa kini. Memang realiti dunia hari ini mencemaskan juga merimaskan kita. Umat manusia dihambat dengan seribu satu malapetaka moral dan sosial yang parah dan boleh dikatakan amat kritikal.
Segala masalah masyarakat dewasa ini tidak lagi berlegar di sekitar isu-isu biasa dan sekarang menyusur ke arah aktiviti yang lebih memudaratkan diri dan merosakkan masyarakat tetapi mencemarkan dan membusukkan nama baik agama dan masyarakat itu sendiri.
Inikah harga yang perlu dibayar bagi sebuah kemajuan manusia. Keruntuhan moral nilainya. Mana perginya ketamadunan akhlak manusia? Inilah hakikat era globalisasi yang semakin menghijab hati-hati manusia daripada menerima fitrah yang sepatutnya.
Pergi ke mana saja di ceruk negara sendiri, pasti ada adegan ‘panas’ anak-anak remaja yang masih belasan tahun yang begitu menyakitkan mata yang melihat. Tidak kira sama ada di dalam pengangkutan awam, taman rekreasi atau di kompleks membeli belah. Agaknya mereka ini tidak ingat atau tidak tahu bahawa Maha Pencipta sedang memerhati. Apa yang pasti ketika itu hanya melayani kata nafsu. Syaitan pula menjerit keriangan melihat rosaknya anak Adam.
Bila dibincangkan tentang isu-isu begini, ramai yang tampil memberi maklum balas. Ini merupakan satu perkara yang baik tetapi kita kena ingat bahawa maklum balas tersebut perlulah disusuli dengan tindakan. Jangan jadi seperti tin yang kosong; bunyi sahaja yang kuat tetapi tiada apa-apa yang terisi di dalamnya. Kita mencanang sana-sini masalah sosial yang melanda disekeliling kita, tetapi kita tidak berbuat apa-apa. Hanya menjadi pemerhati yang setia tanpa turut sama turun padang untuk membantu. Bila terkena batang hidung sendiri (terjadi kepada anak sendiri), baru muka malu sepuluh inci. Kemudian, sibuk pula menuding jari kepada orang lain.
Sebelum semuanya masih belum terlambat, sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing. Jagalah anak-anak kita jika kita seorang ibu atau bapa. Perhatikan tindak-tanduk adik-adik kita jika kita seorang abang atau kakak. Ingat seperkara, anak-anak muda kini adalah modal pemimpin negara masa hadapan. Kepada mereka jugalah nanti kita bergantung harap nasib negara. Jika ingin tahu nasib negara akan datang, lihatlah generasi muda hari ini.
Adik-adik remaja di luar sana pula, jangan pula asyik berlibur. Tidak salah untuk berhibur di musim sekolah begini selagi ianya tidak melanggar batas syariat. Mungkin ada yang terlampau seronok bercuti sebagai imbalan membalas dendam setelah sekian lama berkepit dengan buku. Jangan sampai cuti kita diisi dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan yang paling mendukacitakan, cuti yang tidak mendapat redha Allah SWT.
Sama-samalah kita ingat-menginggati dan berpesan-pesan. Seperkara, apa yang terjadi sebenarnya semuanya akan berbalik kepada diri kita sendiri kerana apa yang kita tidak dapat dari orang lain mencerminkan apa yang kita enggan berikan kepada orang lain. Sama-sama kita muhasabah buat pedoman.
Kasih Kholis
25 November 2007
10.45 pm

Tiada ulasan:
Catat Ulasan