Jumaat, 10 Ogos 2007

Mandi Kucing...

SEORANG budak lelaki berusia lapan tahun membeli serbuk pembasuh dari sebuah kedai runcit.
Pekedai : Banyak sangat ke pakaian yang nak dibasuh?
Budak : Saya nak mandikan kucing saya.
Pekedai : Eh…tak boleh gunakan serbuk ni Ia terlalu kuat untuk kucing awak. Silap-silap kucing awak boleh mati nanti.
Budak itu yang malas mahu melayan pekedai itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit berkenaan.
Pekedai : Bagaimana dengan kucing kamu?
Budak : Mati!
Pekedai : Kan saya dah cakap tapi awak langsung tak mau dengar…!
Budak : Tapi saya tak fikir serbuk itu yang membunuhnya.
Pekedai : Habis tu, siapa yang
bunuhnya?
Budak : Mesin basuh itu…ia berpusing terlalu laju.

Pekedai : ???

Belajarlah di Universiti Kehidupan.

  1. BELAJARLAH tentang diri sendiri. Ini adalah pelajaran dasar yang akan menentukan kualiti hidup dan masa depan. Kenalilah diri sebaik mungkin termasuk kelebihan dan kekurangan. Janganlah bermimpi menjadi penyanyi jika punya potensi menjadi pelukis. Bukankah ada yang tidak kena jika bidang di dalam jurusan IT sedangkan punya bakat di dalam bidang seni.

  1. BELAJARLAH menjadi diri sendiri. Berbekal pengetahuan tentang diri sendiri, kembangkanlah potensi dan tampilkan jati diri. Tidak perlu bersusah payah menjadi seperti orang lain yang dikagumi dan tidak perlu kecewa melihat orang lain yang lebih hebat. Manfaatkan semua potensi diri untuk meraih apa yang diinginkan dalam hidup dan membantu orang lain.

  1. BELAJARLAH menggendalikan diri. Ini adalah mata pelajaran yang paling penting yang tidak boleh diperlekehkan. Pengendalian diri memungkinkan diri tetap bersikap tenang menghadapi situasi sesulit mana pun. Kemampuan ini akan membuatkan bertambahnya keyakinan diri.

  1. BELAJARLAH dari pengalaman orang lain. Meskipun pengalaman peribadi adalah guru yang terbaik, namun orang yang bijak belajar juga dari pengalaman orang lain. Pelajarilah bagaimana mereka mampu mencapai kejayaan. Bagaimana mereka boleh memaafkan kesalahan orang yang mengkhianati mereka, bagaimana mereka mendisiplinkan diri dan sebagainya.

  1. BELAJARLAH dari kegagalan. Daripada hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan yang berpanjangan, lebih baik renungkan pengajaran yang boleh dipetik dari kegagalan dan kesalahan yang dilakukan. Yakinlah bahawa disebalik kegagalan itu, ada hikmah untuk kebaikan diri pada masa mendatang.

  1. BELAJARLAH hidup bermasyarakat. Belajarlah menghargai keyakinan orang lain, sama ada prinsip , agama, ideologi dan sebagainya. Belajarlah menyelesaikan konflik tanpa ada pihak yang merasa dikalahkan. Belajarlah untuk bekerjasama dalam segala bentuk kehidupan, belajarlah untuk memotivasi orang lain dan sebagainya. Pelajaran ini sangat berguna untuk kehidupan sosial yang baik dan harmonis di dalam suatu keseragaman.

  1. BELAJARLAH untuk terus meningkatkan iman dan taqwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, sesuai dengan keyakinan diri. Ini akan memperkaya kehidupan spiritual diri dan mendatangkan impak positif bagi kesihatan jiwa.

  1. BELAJARLAH untuk mengerti prinsip-prinsip kehidupan yang berlaku secara universal dengan cara membuktikannya. Buktikanlah sendiri bahawa memaafkan itu lebih baik daripada membenci. Fikiran yang positif membuat hidup lebih tenang dan berwarna-warni.

  1. BELAJARLAH untuk mempraktikkan apa yang sudah dipelajari agar tidak menjadi orang yang hanya ada teori saja. Mulailah mempraktikkan disiplin peribadi, mulailah menghargai orang lain dan sebagainya. Hanya dengan usaha yang pantang menyerah, ditambah dengan pengetahuan yang dikuasai akan menjadi harta yang memperkayakan diri.

  1. GALILAH sumber pelajaran dan orang di persekitaran kamu, dari peristiwa-peristiwa yang dialami dan sebagainya. Banyak yang dapat dipelajari dalam hidup ini, sehingga kamu tidak perlu binggung untuk mengisi hidup dan waktu yang berharga. Dengan wawasan yang luas, akan menjadikan menjalani hidup dengan lebih bijak, lebih terhormat dan lebih beretika.