Isnin, 26 November 2007

Cuti Sekolah Versi I

Selamat bersua kembali tetapi kali ini di dalam suasana yang cukup seronok. Musim cuti sekolah, tetapi tidak bagi adik-adik remaja yang sedang berperang dengan peperiksaan besar; SPM yang tinggal beberapa hari lagi. Semoga berjaya diucapkan. Apabila melihat dengan tunak mata sendiri akan rencana dan aktiviti adik-adik kita yang sedang menikmati cuti sekolah kali ini, timbul rasa bimbang yang tiada bertepi.

Senario umat manusia hari ini berhempas pulas mempertahankan jati diri dan mencari-cari formula berkesan untuk mengembalikan kegemilangan masa lampau terutama terhadap anak-anak muda masa kini. Memang realiti dunia hari ini mencemaskan juga merimaskan kita. Umat manusia dihambat dengan seribu satu malapetaka moral dan sosial yang parah dan boleh dikatakan amat kritikal.

Segala masalah masyarakat dewasa ini tidak lagi berlegar di sekitar isu-isu biasa dan sekarang menyusur ke arah aktiviti yang lebih memudaratkan diri dan merosakkan masyarakat tetapi mencemarkan dan membusukkan nama baik agama dan masyarakat itu sendiri.

Inikah harga yang perlu dibayar bagi sebuah kemajuan manusia. Keruntuhan moral nilainya. Mana perginya ketamadunan akhlak manusia? Inilah hakikat era globalisasi yang semakin menghijab hati-hati manusia daripada menerima fitrah yang sepatutnya.

Pergi ke mana saja di ceruk negara sendiri, pasti ada adegan ‘panas’ anak-anak remaja yang masih belasan tahun yang begitu menyakitkan mata yang melihat. Tidak kira sama ada di dalam pengangkutan awam, taman rekreasi atau di kompleks membeli belah. Agaknya mereka ini tidak ingat atau tidak tahu bahawa Maha Pencipta sedang memerhati. Apa yang pasti ketika itu hanya melayani kata nafsu. Syaitan pula menjerit keriangan melihat rosaknya anak Adam.

Bila dibincangkan tentang isu-isu begini, ramai yang tampil memberi maklum balas. Ini merupakan satu perkara yang baik tetapi kita kena ingat bahawa maklum balas tersebut perlulah disusuli dengan tindakan. Jangan jadi seperti tin yang kosong; bunyi sahaja yang kuat tetapi tiada apa-apa yang terisi di dalamnya. Kita mencanang sana-sini masalah sosial yang melanda disekeliling kita, tetapi kita tidak berbuat apa-apa. Hanya menjadi pemerhati yang setia tanpa turut sama turun padang untuk membantu. Bila terkena batang hidung sendiri (terjadi kepada anak sendiri), baru muka malu sepuluh inci. Kemudian, sibuk pula menuding jari kepada orang lain.

Sebelum semuanya masih belum terlambat, sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing. Jagalah anak-anak kita jika kita seorang ibu atau bapa. Perhatikan tindak-tanduk adik-adik kita jika kita seorang abang atau kakak. Ingat seperkara, anak-anak muda kini adalah modal pemimpin negara masa hadapan. Kepada mereka jugalah nanti kita bergantung harap nasib negara. Jika ingin tahu nasib negara akan datang, lihatlah generasi muda hari ini.

Adik-adik remaja di luar sana pula, jangan pula asyik berlibur. Tidak salah untuk berhibur di musim sekolah begini selagi ianya tidak melanggar batas syariat. Mungkin ada yang terlampau seronok bercuti sebagai imbalan membalas dendam setelah sekian lama berkepit dengan buku. Jangan sampai cuti kita diisi dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan yang paling mendukacitakan, cuti yang tidak mendapat redha Allah SWT.

Sama-samalah kita ingat-menginggati dan berpesan-pesan. Seperkara, apa yang terjadi sebenarnya semuanya akan berbalik kepada diri kita sendiri kerana apa yang kita tidak dapat dari orang lain mencerminkan apa yang kita enggan berikan kepada orang lain. Sama-sama kita muhasabah buat pedoman.

Kasih Kholis
25 November 2007
10.45 pm

Isnin, 19 November 2007

Jumaat, 16 November 2007

Bersama Islam Membina Masyarakat




Menyorot kembali sejarah kejatuhan empayar Othmaniyah, kita melihat berlaku banyak penindasan dan kekejaman menimpa umat Islam hingga dewasa ini. Umat Islam seolah-olah kehilangan taring untuk melawan kekuatan musuh. Kita kehilangan rijal-rijal yang akan membawa kembali kegemilangan ketamadunan dunia Islam. Semua terpana; seolah-olah hilang panduan melihat kemenangan didominasi lawan.

Tanggapan Muslimin menyangka akan berlaku al-fitan dan kerosakan; berleluasanya kekufuran dan kejahatan menguasai segenap permukaan alam merupakan satu tasawwur yang perlu diperbaiki. Fajar akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah perlu dan pasti dilunturkan dan diruntuhkan di bawah kekuatan yang dimiliki Islam. Sebagai manusia yang punya iman, wajib kita yakin dengan janji Allah SWT.

Sepertimana janjiNya di dalam surah at-Taubah, ayat 32:

Mereka hendak memadamkan cahaya allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”

Sikap berputus asa, keluh-kesah dan fenomena yang menimpa umat Islam belakangan ini perlu dikikis dan diperangi secara tuntas. Kita seharusnya optimis dengan usaha yang dilakukan bagi mencapai janji Tuhan. Sesungguhnya Muslimin punya kekuatan yang tiada pada manusia lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah meninggalkan banyak kesan yang mendalam dan menusuk hati tiap yang bergelar Islam pada zahir dan batin.

Gerakan dan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk bersama-sama membina masyarakat Islam. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW merupakan ‘Rabbani Taujih’ (panduan dari Allah SWT) yang diberikan kepada Rasulullah SAW sehingga Islam berdiri dengan gahnya di atas muka bumi ini. Dengan berbekalkan pengalaman itu, Muslimin perlu mengatur langkah bersama-sama membina masyarakat Islam.

Apabila kita berbicara soal membina masyarakat Islam, ia bukan sekadar membina sudut fizikal dan materi semata-mata. Ia lebih dari itu. Pembinaan ruh Islam lebih diutamakan dalam menjana kemajuan masyarakat Islam itu sendiri. Melihat perkembangan generasi umat manusia dewasa ini, hampir di seluruh benua di dunia ini dianuti oleh penganut Islam. Jumlah yang ramai ini merupakan satu aset besar dalam memartabatkan kembali ketamadunan Islam membina masyarakatnya dari semua dimensi. Ini adalah nikmat yang perlu kita syukuri.

Jamaluddin al-Afghani pernah berkata kepada rakyat India: “Sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris.”

Gerakan shabab (pemuda-pemudi) merupakan tunggak yang harus memainkan peranan utama dalam memastikan agenda ini tercapai.

Ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: “Impikanlah” Seorang pemuda pernah berkata: “Aku mengimpikan sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah. “ Umar berkata lagi: “Impikanlah.” Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Umar berkata lagi: “Impikanlah.” Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin.” Umar pun berkata: “Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Muasz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah SWT.

Inilah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda yang beriman dan berjihad menegakkan syiar Islam lebih berharga dan bernilai dari seisi dunia. Justeru, pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Tidakkah kita mahu menjadi salah seorang dari gerakan pemuda Islam ini bersama-sama membina masyarakat Islam? Berpeganglah dengan kata “kalau bukan kita, siapa lagi? Dan kalau tidak sekarang, bila lagi?” Tepuk dada, tanyalah iman.

Khamis, 15 November 2007

Two Frogs


Once upon a time, a group of frogs were traveling through a jungle and two of them fell into a deep hole. A pit!! The other frogs gathered around the pit and then when they saw how deep the pit was, they told the frogs that they were as good as dead. “Don’t try, you’ll sure die”!! The two frogs still tried and their friends kept on shouting: Don’t try, you’ll surely die.

Finally one of the frogs listened to his friend and gave up. His fear broke him and he died. The other still tried to jump out and his friend kept on discouraging him by saying: “Don’t try, you’ll surely die. But the frog still tried to jump out and at the end, he successfully jumped out.

When he got out, his friends asked him: “did you not hear us?”

The frogs answered: “Luckily, I did not listen to all of you. That’s why, I am still alive!!”

The story teaches us two lessons. Lessons number one: Words have the power to lift up someone who is down. Lesson number two: a negative or destructive word to someone who is down can kill him.

Therefore, speak LIFE to someone who crosses our path. That is the power of words to inspire and motivate us.


Khamis, 1 November 2007


Cuba Checklist PERIBAHASA di bawah ini...


1. Kecil tapak tangan, tapak sulaiman saya tadahkan.

2. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.

3. Siapa makan nangka, dia akan dapat biji nangka.

4. Pucuk dicita ulam raja.

5. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tidak dapat masuk olimpik juga.

6. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.

7. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

8. Tiada rotan, pelempang pun berguna juga.

9. Biar lambat, asalkan tidak cepat.

10. Biar putih tulang, jangan putih gigi.

11. Di mana ada gula, di situ ada gula-gula.

12. Jauh di mata, dekat di mata-mata.

13. Kalah jadi abu, menang jadi arang,seri jadi abu bakar.

14. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.

15. Secupak tidak akan jadi 18 cupak.

16. Gajah mati meninggalkan gadinbg, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan dunia.
17. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan dalam mulut.
18. Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap.

19. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

20. Ayam terlepas, tangan berbau tahi ayam.

21. Berani kerana benar, tekut kerana penakut.

22. Alang-alang mandi, biar guna sabun.

23. Berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

24. Cubit peha kanan, peha kiri tak terasa apa-apa pun.

25. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

26. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

27. Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.

28. Hidup segan, mati ditanam.

29. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

30. Ikut resmi padi, semakin berisi, semakin banyak burung ke mari.

31. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada tangannya.

32. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.

33. Patah tumbuh, hilang report polis.

34. Sambil menyelam, tengok kapal selam.

35. Sehelai selembar benang, lama-lama benang habis.

36. Membujur lalu, melintang pukang.

37. Air yang tenang, jangan disangka tiada ikan.

38. Kalau takut dilambung ombak, jangan cuba naik bot.

39. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

40. Paku dulang paku serpih, paku dinding pucuk paku.

41. Alang-alang menyeluk pekasam, biar jadi sampai masam.

42. Sebab mulut santan binasa, sebab mulut pulut habis.

43. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau tak hujan.