Jumaat, 21 September 2007
10 Amalan Terbalik???
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati,tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00
satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya
segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gosip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita???...
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda RasullullahSAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)
Isnin, 17 September 2007
10 Things Allah Won't Ask

1... Allah won't ask what kind of car i.e WAJA, KANCIL, SAVVY or HONDA you drove;
He'll ask how many people you drove who didn't have transportation.
2...Allah won't ask the square footage of your house,
He'll ask how many people you welcomed into your home.
3...Allah won't ask about the clothes you had in your closet,
He'll ask how many you helped to clothe.
4... Allah won't ask what your highest salary was;
He'll ask if you compromised your character to obtain it.
5...Allah won't ask what your job title was;
He'll ask if you performed your job to the best of your ability.
6...Allah won't ask how many friends you had,
He'll ask how many people to whom you were friends
7...Allah won't ask in what neighborhood you lived,
He'll ask how you treated your neighbors.
8...Allah won't ask about the color of your skin,
He'll ask about the content of your character.
9...Allah won't ask why it took you so long to seek Salvation;
He'll lovingly take you to your mansion in heaven, and not to the gates of Hell.
10...Allah won't ask how many people you forwarded this to;
He'll ask if you were ashamed to pass it on to your friends.
Selasa, 11 September 2007
Andai ini RAMADHAN TERAKHIR...
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangmu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN
"MARHABAN YAA RAMADHAN "
Khamis, 16 Ogos 2007
Musuh Kita Semua...

BIODATA
Iblis = (Akwan, Hafaf, Wamurah, Zailatun, Wawatsin, Laqwal, A’war, al-wasnan dan Dasim)
PENGENALAN DIRI
Nama Penuh : Iblis laknatullah
Tarikh lahir : Sejak enggan sujud kepada nabi Adam a.s setelah diperintah
oleh Allah SWT.
Status : Fasiq kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat tinggal : Hati orang yang lalai
Kawasan/ Daerah : Semua di dalam hati yang tiada usaha untuk menginggati
Allah SWT
Arah haluan : Tiada haluan
Tempat tetap : Neraka Jahannam – tempat paling celaka
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat
Kaum kerabat : Semua golongan tirani (taghut)
Makanan disukai : Daging orang mati (Ghibah)
Yang dibenci : Orang yang selalu menginggati Allah SWT
STATUS PERNIAGAAN
Modal pusingan : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar
Musuh/ Saingan : Setiap orang Islam
Dalil/ Hujah : Fatamorgana (Maya)
Motto kerja : “Hipokrasi Asas Akhlak”
Uniform kerja : Segala warna (Seperti sesumpah - setiap tempat ada warnanya)
Kesukaannya : Orang yang lalai menginggati Allah SWT
Kelemahannya : Istighfar
Lambing korporat : Sebarang tatu
Pejabat : Tandas
Sifat : Muzabzab (ikut angin @ menurut keperluan)
Perkhidmatan : Menyuruh & menggalakkan berbuat kemungkaran
Jawatan : Jeneral Manager golongan ad-Dhallin
Tempoh berkhidmat : Sampai hari kiamat
Laba perniagaan : Habaan Manthura (Masuk angin keluar asap)
Teman sejawat : Orang yang berdiam diri tidak menyatakan kebenaran
Cara berkomunikasi : Mengumpat, mengadu domba, mengintip
Kerja disukai : Lesbian dan homoseks
Rujukan :
Khairul Ghazali. 2001. Rupa dan Wajah Iblis Laknatullah. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
Majalah BERNAS edisi 11 (1999), hlmn 111
Jumaat, 10 Ogos 2007
Mandi Kucing...
SEORANG budak lelaki berusia lapan tahun membeli serbuk pembasuh dari sebuah kedai runcit.
Pekedai : Banyak sangat ke pakaian yang nak dibasuh?
Budak : Saya nak mandikan kucing saya.
Pekedai : Eh…tak boleh gunakan serbuk ni Ia terlalu kuat untuk kucing awak. Silap-silap kucing awak boleh mati nanti.
Budak itu yang malas mahu melayan pekedai itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit berkenaan.
Pekedai : Bagaimana dengan kucing kamu?
Budak : Mati!
Pekedai :
Budak : Tapi saya tak fikir serbuk itu yang membunuhnya.
Pekedai : Habis tu, siapa yang bunuhnya?
Budak : Mesin basuh itu…ia berpusing terlalu laju.
Pekedai : ???
Belajarlah di Universiti Kehidupan.
- BELAJARLAH tentang diri sendiri. Ini adalah pelajaran dasar yang akan menentukan kualiti hidup dan masa depan. Kenalilah diri sebaik mungkin termasuk kelebihan dan kekurangan. Janganlah bermimpi menjadi penyanyi jika punya potensi menjadi pelukis. Bukankah ada yang tidak kena jika bidang di dalam jurusan IT sedangkan punya bakat di dalam bidang seni.
- BELAJARLAH menjadi diri sendiri. Berbekal pengetahuan tentang diri sendiri, kembangkanlah potensi dan tampilkan jati diri. Tidak perlu bersusah payah menjadi seperti orang lain yang dikagumi dan tidak perlu kecewa melihat orang lain yang lebih hebat. Manfaatkan semua potensi diri untuk meraih apa yang diinginkan dalam hidup dan membantu orang lain.
- BELAJARLAH menggendalikan diri. Ini adalah mata pelajaran yang paling penting yang tidak boleh diperlekehkan. Pengendalian diri memungkinkan diri tetap bersikap tenang menghadapi situasi sesulit mana pun. Kemampuan ini akan membuatkan bertambahnya keyakinan diri.
- BELAJARLAH dari pengalaman orang lain. Meskipun pengalaman peribadi adalah guru yang terbaik, namun orang yang bijak belajar juga dari pengalaman orang lain. Pelajarilah bagaimana mereka mampu mencapai kejayaan. Bagaimana mereka boleh memaafkan kesalahan orang yang mengkhianati mereka, bagaimana mereka mendisiplinkan diri dan sebagainya.
- BELAJARLAH dari kegagalan. Daripada hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan yang berpanjangan, lebih baik renungkan pengajaran yang boleh dipetik dari kegagalan dan kesalahan yang dilakukan. Yakinlah bahawa disebalik kegagalan itu, ada hikmah untuk kebaikan diri pada masa mendatang.
- BELAJARLAH hidup bermasyarakat. Belajarlah menghargai keyakinan orang lain, sama ada prinsip , agama, ideologi dan sebagainya. Belajarlah menyelesaikan konflik tanpa ada pihak yang merasa dikalahkan. Belajarlah untuk bekerjasama dalam segala bentuk kehidupan, belajarlah untuk memotivasi orang lain dan sebagainya. Pelajaran ini sangat berguna untuk kehidupan sosial yang baik dan harmonis di dalam suatu keseragaman.
- BELAJARLAH untuk terus meningkatkan iman dan taqwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, sesuai dengan keyakinan diri. Ini akan memperkaya kehidupan spiritual diri dan mendatangkan impak positif bagi kesihatan jiwa.
- BELAJARLAH untuk mengerti prinsip-prinsip kehidupan yang berlaku secara universal dengan cara membuktikannya. Buktikanlah sendiri bahawa memaafkan itu lebih baik daripada membenci. Fikiran yang positif membuat hidup lebih tenang dan berwarna-warni.
- BELAJARLAH untuk mempraktikkan apa yang sudah dipelajari agar tidak menjadi orang yang hanya ada teori saja. Mulailah mempraktikkan disiplin peribadi, mulailah menghargai orang lain dan sebagainya. Hanya dengan usaha yang pantang menyerah, ditambah dengan pengetahuan yang dikuasai akan menjadi harta yang memperkayakan diri.
- GALILAH sumber pelajaran dan orang di persekitaran kamu, dari peristiwa-peristiwa yang dialami dan sebagainya. Banyak yang dapat dipelajari dalam hidup ini, sehingga kamu tidak perlu binggung untuk mengisi hidup dan waktu yang berharga. Dengan wawasan yang luas, akan menjadikan menjalani hidup dengan lebih bijak, lebih terhormat dan lebih beretika.
Isnin, 6 Ogos 2007
Siapa Mulia Siapa Hina???
“Kau telah menempuh semua tahap pelajaran dan tinggal satu ujian sahaja lagi. Kalau kamu boleh menjawabnya beeerti kamu lulus,” kata tok guru.
“Baik tok, apa soalannya.”
“Kamu cari orang atau makhluk yang lebih hina tahapnya daripada kamu. Tok beri kamu tempoh tiga hari untuk kamu mencarinya.”
Setelah itu pemuda tersebut meninggalkan pondok untuk melaksanakan tugas dan mencari jawapan atas pertanyaan gurunya.
Hari pertama, pemuda itu bertemu dengan pemabuk yang hampir setiap hari mabuk. Pemuda itu berkata dalam hati, “Hmmm… inilah orang yang lebih rendah martabatnya daripada aku. Aku telah beribadah berpuluhan thun sedangkan dia terus mabuk.”
Tetapi sesampainya dia di rumah, timbul pertanyaan di dalam fikirannya, “Belum tentu sekarang orng itu mabuk, tapi siapa tahu pada akhir hayatnya ALLAH s.w.t memberi hidayah, manakala aku yang sekarang baik dan banyak beribadah tetapi pada akhir hayat nanti tidak seperti ini. Bermakna dia belum tentu lebih hina daripada aku.”
Hari kedua, pemuda itu keluar rumah lagi dan bertemu dengan seekor anjing yang sangat menjijikkan. Bulunya kusut dan tubuhnya penuh dengan kudis.
Pemuda itu berfikir di dalam hati, “anjing ini haram, menjijikkan dan penuh kudis…
Maknanya ia lebih hina daripada aku.”
Pemuda itu berasa amat gembira kerana telah mendapat jawapan atas pertanyaan gurunnya. Sebaik selesai solat isyak dan ketika merebahkan tubuh untuk tidur, pemuda itu tiba-tiba terfikir, “anjing itu kalau mati habislah halnya. Ia tidak diminta atau ditanya tentang tanggungjawabnya atas perbuatannya oleh ALLAH, sedangkan aku akan diminta dan ditanya akan tanggungjawab yang sangat berat kalau aku berbuat banyak dosa akan masuk neraka kelak. Hmmm… maknanya keadaan aku tidak baik daripada anjing itu.”
Hari ketiga, di mana pemuda itu menghadap tok gurunya.
“Sudah dapat jawapannya?” Tanya gurunya.
“Sudah tok,” jawab pemuda itu. “Ternyata orang yang paling rendah martabatnya ialah saya.”
Mendengar jawapan pemuda itu, gurunya tersenyum, “kamu lulus.”
Pelajaran yang dapat kita petik ialah, selama kita masih sama-sama hidup kita tidak boleh sombong atau berasa lebih baik daripada orang dan makhluk lain. Yang berhak sombong ialah ALLAH s.w.t kerana kita tidak tahu bagaimana akhir hidup kita nanti. Maka, dengan demikian kita akan belajar berprasangka baik terhadap orang atau makhluk lain yang sama-sama telah diciptakan oleh ALLAH. Kalaulah semua manusia mempunyai sikap seperti pemuda tersebut, alangkahnya indahnya hidup ini…