Khamis, 16 Ogos 2007

Musuh Kita Semua...


BIODATA
Iblis = (Akwan, Hafaf, Wamurah, Zailatun, Wawatsin, Laqwal, A’war, al-wasnan dan Dasim)

PENGENALAN DIRI

Nama Penuh : Iblis laknatullah
Tarikh lahir : Sejak enggan sujud kepada nabi Adam a.s setelah diperintah
oleh Allah SWT.
Status : Fasiq kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat tinggal : Hati orang yang lalai
Kawasan/ Daerah : Semua di dalam hati yang tiada usaha untuk menginggati
Allah SWT
Arah haluan : Tiada haluan
Tempat tetap : Neraka Jahannam – tempat paling celaka
Isteri di dunia : Setiap wanita yang tidak menutup aurat
Kaum kerabat : Semua golongan tirani (taghut)
Makanan disukai : Daging orang mati (Ghibah)
Yang dibenci : Orang yang selalu menginggati Allah SWT


STATUS PERNIAGAAN

Modal pusingan : Angan-angan kosong
Tempat pertemuan : Pasar
Musuh/ Saingan : Setiap orang Islam
Dalil/ Hujah : Fatamorgana (Maya)
Motto kerja : “Hipokrasi Asas Akhlak”
Uniform kerja : Segala warna (Seperti sesumpah - setiap tempat ada warnanya)
Kesukaannya : Orang yang lalai menginggati Allah SWT
Kelemahannya : Istighfar
Lambing korporat : Sebarang tatu
Pejabat : Tandas
Sifat : Muzabzab (ikut angin @ menurut keperluan)
Perkhidmatan : Menyuruh & menggalakkan berbuat kemungkaran
Jawatan : Jeneral Manager golongan ad-Dhallin
Tempoh berkhidmat : Sampai hari kiamat
Laba perniagaan : Habaan Manthura (Masuk angin keluar asap)
Teman sejawat : Orang yang berdiam diri tidak menyatakan kebenaran
Cara berkomunikasi : Mengumpat, mengadu domba, mengintip
Kerja disukai : Lesbian dan homoseks

Rujukan :
Khairul Ghazali. 2001. Rupa dan Wajah Iblis Laknatullah. Kuala Lumpur: Darul Nu’man
Majalah BERNAS edisi 11 (1999), hlmn 111

Jumaat, 10 Ogos 2007

Mandi Kucing...

SEORANG budak lelaki berusia lapan tahun membeli serbuk pembasuh dari sebuah kedai runcit.
Pekedai : Banyak sangat ke pakaian yang nak dibasuh?
Budak : Saya nak mandikan kucing saya.
Pekedai : Eh…tak boleh gunakan serbuk ni Ia terlalu kuat untuk kucing awak. Silap-silap kucing awak boleh mati nanti.
Budak itu yang malas mahu melayan pekedai itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit berkenaan.
Pekedai : Bagaimana dengan kucing kamu?
Budak : Mati!
Pekedai : Kan saya dah cakap tapi awak langsung tak mau dengar…!
Budak : Tapi saya tak fikir serbuk itu yang membunuhnya.
Pekedai : Habis tu, siapa yang
bunuhnya?
Budak : Mesin basuh itu…ia berpusing terlalu laju.

Pekedai : ???

Belajarlah di Universiti Kehidupan.

  1. BELAJARLAH tentang diri sendiri. Ini adalah pelajaran dasar yang akan menentukan kualiti hidup dan masa depan. Kenalilah diri sebaik mungkin termasuk kelebihan dan kekurangan. Janganlah bermimpi menjadi penyanyi jika punya potensi menjadi pelukis. Bukankah ada yang tidak kena jika bidang di dalam jurusan IT sedangkan punya bakat di dalam bidang seni.

  1. BELAJARLAH menjadi diri sendiri. Berbekal pengetahuan tentang diri sendiri, kembangkanlah potensi dan tampilkan jati diri. Tidak perlu bersusah payah menjadi seperti orang lain yang dikagumi dan tidak perlu kecewa melihat orang lain yang lebih hebat. Manfaatkan semua potensi diri untuk meraih apa yang diinginkan dalam hidup dan membantu orang lain.

  1. BELAJARLAH menggendalikan diri. Ini adalah mata pelajaran yang paling penting yang tidak boleh diperlekehkan. Pengendalian diri memungkinkan diri tetap bersikap tenang menghadapi situasi sesulit mana pun. Kemampuan ini akan membuatkan bertambahnya keyakinan diri.

  1. BELAJARLAH dari pengalaman orang lain. Meskipun pengalaman peribadi adalah guru yang terbaik, namun orang yang bijak belajar juga dari pengalaman orang lain. Pelajarilah bagaimana mereka mampu mencapai kejayaan. Bagaimana mereka boleh memaafkan kesalahan orang yang mengkhianati mereka, bagaimana mereka mendisiplinkan diri dan sebagainya.

  1. BELAJARLAH dari kegagalan. Daripada hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan yang berpanjangan, lebih baik renungkan pengajaran yang boleh dipetik dari kegagalan dan kesalahan yang dilakukan. Yakinlah bahawa disebalik kegagalan itu, ada hikmah untuk kebaikan diri pada masa mendatang.

  1. BELAJARLAH hidup bermasyarakat. Belajarlah menghargai keyakinan orang lain, sama ada prinsip , agama, ideologi dan sebagainya. Belajarlah menyelesaikan konflik tanpa ada pihak yang merasa dikalahkan. Belajarlah untuk bekerjasama dalam segala bentuk kehidupan, belajarlah untuk memotivasi orang lain dan sebagainya. Pelajaran ini sangat berguna untuk kehidupan sosial yang baik dan harmonis di dalam suatu keseragaman.

  1. BELAJARLAH untuk terus meningkatkan iman dan taqwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, sesuai dengan keyakinan diri. Ini akan memperkaya kehidupan spiritual diri dan mendatangkan impak positif bagi kesihatan jiwa.

  1. BELAJARLAH untuk mengerti prinsip-prinsip kehidupan yang berlaku secara universal dengan cara membuktikannya. Buktikanlah sendiri bahawa memaafkan itu lebih baik daripada membenci. Fikiran yang positif membuat hidup lebih tenang dan berwarna-warni.

  1. BELAJARLAH untuk mempraktikkan apa yang sudah dipelajari agar tidak menjadi orang yang hanya ada teori saja. Mulailah mempraktikkan disiplin peribadi, mulailah menghargai orang lain dan sebagainya. Hanya dengan usaha yang pantang menyerah, ditambah dengan pengetahuan yang dikuasai akan menjadi harta yang memperkayakan diri.

  1. GALILAH sumber pelajaran dan orang di persekitaran kamu, dari peristiwa-peristiwa yang dialami dan sebagainya. Banyak yang dapat dipelajari dalam hidup ini, sehingga kamu tidak perlu binggung untuk mengisi hidup dan waktu yang berharga. Dengan wawasan yang luas, akan menjadikan menjalani hidup dengan lebih bijak, lebih terhormat dan lebih beretika.

Isnin, 6 Ogos 2007

Siapa Mulia Siapa Hina???

Ada satu kisah seorang pemuda yang menuntut ilmu dengan seorang tok guru. Bertahun-tahun dia mendalami ilmu hingga sampai pada peringkat terakhir, dia menghadap gurunya untuk ujian terakhir tersebut.

“Kau telah menempuh semua tahap pelajaran dan tinggal satu ujian sahaja lagi. Kalau kamu boleh menjawabnya beeerti kamu lulus,” kata tok guru.

“Baik tok, apa soalannya.”

“Kamu cari orang atau makhluk yang lebih hina tahapnya daripada kamu. Tok beri kamu tempoh tiga hari untuk kamu mencarinya.”

Setelah itu pemuda tersebut meninggalkan pondok untuk melaksanakan tugas dan mencari jawapan atas pertanyaan gurunya.

Hari pertama, pemuda itu bertemu dengan pemabuk yang hampir setiap hari mabuk. Pemuda itu berkata dalam hati, “Hmmm… inilah orang yang lebih rendah martabatnya daripada aku. Aku telah beribadah berpuluhan thun sedangkan dia terus mabuk.”

Tetapi sesampainya dia di rumah, timbul pertanyaan di dalam fikirannya, “Belum tentu sekarang orng itu mabuk, tapi siapa tahu pada akhir hayatnya ALLAH s.w.t memberi hidayah, manakala aku yang sekarang baik dan banyak beribadah tetapi pada akhir hayat nanti tidak seperti ini. Bermakna dia belum tentu lebih hina daripada aku.”

Hari kedua, pemuda itu keluar rumah lagi dan bertemu dengan seekor anjing yang sangat menjijikkan. Bulunya kusut dan tubuhnya penuh dengan kudis.

Pemuda itu berfikir di dalam hati, “anjing ini haram, menjijikkan dan penuh kudis…

Maknanya ia lebih hina daripada aku.”

Pemuda itu berasa amat gembira kerana telah mendapat jawapan atas pertanyaan gurunnya. Sebaik selesai solat isyak dan ketika merebahkan tubuh untuk tidur, pemuda itu tiba-tiba terfikir, “anjing itu kalau mati habislah halnya. Ia tidak diminta atau ditanya tentang tanggungjawabnya atas perbuatannya oleh ALLAH, sedangkan aku akan diminta dan ditanya akan tanggungjawab yang sangat berat kalau aku berbuat banyak dosa akan masuk neraka kelak. Hmmm… maknanya keadaan aku tidak baik daripada anjing itu.”

Hari ketiga, di mana pemuda itu menghadap tok gurunya.

“Sudah dapat jawapannya?” Tanya gurunya.

“Sudah tok,” jawab pemuda itu. “Ternyata orang yang paling rendah martabatnya ialah saya.”

Mendengar jawapan pemuda itu, gurunya tersenyum, “kamu lulus.”

Pelajaran yang dapat kita petik ialah, selama kita masih sama-sama hidup kita tidak boleh sombong atau berasa lebih baik daripada orang dan makhluk lain. Yang berhak sombong ialah ALLAH s.w.t kerana kita tidak tahu bagaimana akhir hidup kita nanti. Maka, dengan demikian kita akan belajar berprasangka baik terhadap orang atau makhluk lain yang sama-sama telah diciptakan oleh ALLAH. Kalaulah semua manusia mempunyai sikap seperti pemuda tersebut, alangkahnya indahnya hidup ini…