Jumaat, 27 Julai 2007

Siapa orang tu? Kenapa dengan orang tu? Aku mula confius???

Salam...
He3... lucu rasa hati pagi ni ke ofis... mana tidaknya... jumpa mak nyah... cantik orangnya...kalah perempuan.
Sebelum aku turun dari bas, aku beri ruang untuk dia turun dulu. Sopan orangnya...kalah perempuan.
Lantas aku berjalan di belakangnya. Tak sanggup berjalan di hadapannya. Sebab aku malu. Aku bukannya cantik sangat., tapi bile dia toleh ke belakang... tersipu-sipu dia denganku. Pemalu orangnya... kalah perempuan.
Berjalan punya berjalan. Dengan lenggang lenggoknya. Aku masih bersabar. Sebab aku nie pantang tengok perempuan jalan lambat sangat nih. Difikirkan banyak kerja nak kene buat.
Sopan santun... kalah perempuan.
Sampai di laluan belakang stesen minyak petronas sebelum sampai ke pejabat, ada seorang brother nie nak masuk tandas. Mak nyah yang sopan-santun nie pun lalu. Aku masih di belakang. Lalu kutoleh melihat brother tu. Pelik. Kenapa dia masih di depan pintu tandas, padahal aku rasa brother tu dah masuk tandas tadi. Takkan sesaat jer masuk tandas.Rupanya brother tu tertoleh sekejap kat mak nyah tu... cantik baju kurung yang dipakainya... kalah perempuan.
Rupa-rupanya, buntang mata brother tu tengok betis mak nyah tu. Aku rasa tak banjir lagi, tapi kain mak nyah tu dah sampai peha diangkatnya... kalah perempuan.
Patut lar brother tu tak jadi masuk tandas. Aku faham... Itu belum lagi mamat-mamat yang tepi jalan nu tengok.... Iskkhh... Kira lelaki tengok lelaki lah tu...
Masa tu ketawa aku dah nak berhambur dah. Aku pun tak faham kenapa. Tapi aku tahan saja. Menjaga hati. Tak patut aku buat begitu.Hanya kudoakan agar dia sedar kesilapannya dan kembali ke pangkal jalan. Hanya itu saja doa sebagai saudara seagama...

Tiada ulasan: