Rabu, 9 Januari 2008
Jatuh Cinta Satu Kesilapan?
Jatuh cinta satu kesilapan
Limaza…bukankah ia hadir dari rahmat yang Esa
Bukankah ia hadir tanpa dipinta
Hadir tanpa diduga
Jatuh cinta bukan satu kesilapan
Tapi tempat menguji ketaqwaan
Cintakah kita pada yang Esa atau melangit pada yang tidak kekal
Sama ada kita hamba pada CINTA atau PENCIPTA
Jatuh cinta bukan satu kesilapan…
Ia perasaan nan suci
Kita yang menzahirknnya
Kenapa cinta dipersalahkan
Tatkala ia dinodai
Bukan salah cinta itu…
Tapi DIRI sebab tak dibina dengan ISLAM
Tak diperhalusi dengan keimanan
Tak dibajai dengan ketaqwaan
Jatuh cinta bukan satu kesilapan…
Bukankah Allah Maha Pengasih dan Penyayang
Cinta itu luas maknanya
Cinta IBU membawa ke syurga
Cinta KELUARGA membawa bahagia
Cinta pada KERJINAN perolehi kejayaan
Cinta pada BUKU dicurahkan ilmu
Cinta pada SAHABAT mendapat berkat
Cinta pada IBADAH mendatangkan rahmat Tuhan
Cinta pada ILAHI kebahagiaan hakiki
Tapi memang cinta satu kesilapan
Jika ia menjauhkan diri dari Pencipta
Jika ia membina jurang dari yang Esa
Jika ia mengalpakan diri
Lantas mengangkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadam cahaya Ilahi
Jika ia mengundang kemurkaan KhalidNYA
Jika ia menjadikan kita hambanya
Maka cinta itu harus dijauhi
Dan memang ia SATU KESILAPAN...
Rabu, 19 Disember 2007
Selamat Hari Raya Aidiladha...
Kasih Kholis.
Jumaat, 7 Disember 2007
Bagaimana nak Faham ILLUMINATI?
Rujuk:
http://home.iae.nl/users/lightnet/world/awaken/nobarbarians1.htm
http://home.iae.nl/users/lightnet/world/awaken/nobarbarians2.htm
http://home.iae.nl/users/lightnet/world/awaken/nobarbarians3.htm
Ia ada 3 bahagian.
Perubahan dilakukan perlahan-lahan tanpa disedari. Juga, gunakan taktik PRS (Problem, Reaction, Solution). Kawalan ada dlm segenap aspek kehidupan
- Makan, Minum, Hiburan, Seks, Keluarga, Kewangan, Kesihatan dll.
Mengenal Tuju & Hala. Apa itu Illuminati?
Fahaman atau perspektif terhadap illuminati merupakan suatu masalah fundamental yang masih belum diselesaikan secara tuntas. Kini, tokoh sekular Barat berentak laju cuba memisahkan peranan agama daripada aspek-aspek kehidupan semasa umat Islam. Senario seperti ini sering menimbulkan kekeliruan khususnya kepada masyarakat awam sama ada Islam atau bukan Islam yang sering membuat analisis ringkas atau bersifat zahir terhadap sesuatu isu. Konsepsi di atas dipercayai membentuk tanggapan umum dalam masyarakat dalam menentukan sesuatu perkara atau keputusan itu.
Untuk pengetahuan semua, illuminati adalah nama kepada kumpulan, moden dan sejarah, nyata dan rekaan atau khayalan, pengesahan dan tuduhan. Rumit bukan untuk memahami apakah itu sebenarnya illuminati? Walau bagaimanapun, kebiasaannya merujuk dan khusus kepada Illuminati Bavarian, merupakan rahsia baru dalam semua rahsia masyarakat di dunia. Semuanya merujuk kepada tuduhan bayang-bayang organisasi yang berkonspirasi yang mengawal dunia dengan perkara yang tidak diketahui ramai. Selalunya di zaman moden kepada penerusan dan jelmaan illuminati Bavarian. Kadangkala illuminati digunakan seerti dengan “New World Order (NWO)”. Gerakan atau pertubuhan ini sebenarnya adalah rentetan dan kesinambungan daripada Gerakan Freemansory.
Perkataan illuminati bermula ketika menyedarkan orang ramai di Latin, di mana ia adalah secara semulajadi daripada beberapa kumpulan sejarah yang tidak berhubungan yang identifikan sebagai Illuminati. Perkataan ini juga bermaksud pertubuhan cahaya. Pergerakan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishaupt (meninggal dunia pada tahun 1830M) pada tahun 1776M yang merupakan seorang professor theologi di University Angold Stadt, Jerman yang menganut agama Atheisme. Beliau merupakan salah seorang daripada anggota Freemasonry telah murtad daripada agama Kristian lalu menubuhkan pertubuhan ini. Sebelum itu, pada tahun, pada tahun 1770M, beliau telah didatangi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman yang mempengaruhi beliau ke dalam Gerakan Freemasonry.
Perkataan illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan illuminati yang dianggotai oleh oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi. Manakala di dalam bahasa Arab pula illuminati bermaksud al-Nuraniyin. Nama illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini.
Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit dolar Amerika Syarikat berharga USD 1.00. Lambang yang ada pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan illuminati yang bernama Pat Robertson.
Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rotschild yang merupakan gedung kewangan yang dikuasai oleh Yahudi. Perkataan illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis) yang beerti “Pemegang Cahaya”. Beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yang benar-benar berwibawa sahaja, maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota Freemasonry peringkat tinggi. Pengikut-pengikut ini memang berkemahiran delam semua aspek kehidupan telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai “Lodges of The Grand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi (Freemasonry/ Zionisme).
Menurut perncangan tersebut, agentur-agentur Illuminati perlu melaksanakan perkara berikut:
- Gunakan rasuah-rasuah berupa wang dan seks untuk mengusai orang-orang yang telah menduduki tempat-tempat tinggi dalam jawatan kerajaan seluruh dunia dan lain-lain bidang manusia. Setelah mereka termasuk dalam perangkap ini maka tundukkan mereka dengan berbagai-bagai “Black-Mail” (ugutan membocorkan rahsia keajaiban) dan ugutan kewangan ataupun ugutan untuk mencederakan tubuh badan serta orang kesayangan mereka. Angota-anggota Illuminati hendaklah menduduki kerusi-kerusi penting di universiti-universiti dan memujuk pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memahami Ideology Internasioalisme (pemerintahan tunggal). Mereka akan dibekalkan dengan biasiswa untuk menerima latihan di luar negeri. Antara markas yang dapat dikenalpasti ialah di Gordonstoun (Scotland), Salem (Germany) dan Anavryta (Greece).
- Orang-orang yang telah terperangkap dan pelajar-pelajar yang telah menerima latihan hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang strategik sebagai agentur dalaman di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka ini dijadikan sebaga pakar, penasihat dan juga perunding supaya mereka dapat menasihati orang atasan mengikuti polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh mereka.
- Hendaklah menguasai surat khabar dan media massa yang lain. Berita dan maklumat yang diperolehi perlu diputarbelitkan supaya masyarakat mempercayai bahawa dengan pemerintahan tunggal sahaja yang dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul.
1. Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berpelembagaan.
2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka.
3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian.
4. Menghapuskan semangat nasionalisme.
5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia.
6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme.
Tidak syak lagi umat Islam perlu berjihad semula, bukan sahaja dalam bidang undang-undang, tetapi dalam semua aspek bidang kehidupan – politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, ilmu pengetahuan dan falsafah. Jihad ini perlu, kerana bolehkah kita, sebagai makhluk rasional, hidup tanpa berfikir? Jihad tidak lain ialah berfikir secara kreatif dan rasional, berpandukan wahyu Allah s.w.t iaitu al-Quran bagi menyelesaikan masalah-masalah kehidupan moden masa kini. Sebagai makhluk yang berfikir dan digelarkan sebagai Muslim, siapa lagi yang diberikan panduan al-Quran oleh ar-Rahman untuk mendepani musibah dengan musuh-musuh Islam terutama perkara ini yang baru mula menular di segenap celah-celah dan ruang-ruang hati Muslim yang kosong yang tidak diisi dengan jiwa Islamiah.
Illumianti; agenda tersembunyi memusnahkan Islam di era globalisasi! Contoh yang paling mudah untuk dibuat tamsilan ialah globalisasi di mana ia adalah satu proses menunjukkan dunia dalam setiap sektor dengan satu acuan kemanusiaan tertentu. Globalisasi mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat. Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata. Globalisasi adalah istilah lunak yang mereka gunakan untuk mengantikan imprialisme dan penjajahan. Bijak bukan? Sedap di pendengaran kita perkataan globalisasi itu sendiri tetapi azab menanti kita suatu hari nanti jika kita lalai meneliti apakah yang sebenarnya globalisasi! Tingkahlaku harian kita pada hari ini banyak mengikut arus globalisasi yang diwar-warkan dunia Barat dan tidakkah kita sebagai Muslim yang berfikir mengabungkan cara hidup Islam atau “the way of Islam” di dalam arus permodenan globalisasi selagi ianya tidak melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.
Jika mereka bijak dengan strategi agenda mereka, mengapa tidak kita? Ternyata bukan, Illuminati merupakan salah satu agenda tersembunyi pihak musuh Islam memperbodohkan minda kita dan membolak-balikkan hati dan jiwa kita. Keresahan kita bukan pada resahnya di akhirat sana tetapi lebih resah dan tertumpu kepada hidup di dunia sementara ini. Jika pihak musuh Islam ini rancak dengan agenda-agenda tersembunyi mereka bagi menghancurkan kita, mengapa kita tidak membuat persediaan dan rancangan-rancangan atau method-method tertentu bagi mendepani mereka. Jangankan sehingga Allah s.w.t murka dengan makhluk yang berakal ini lebih-lebih lagi umat Islam dan jangankan sehingga Rasulullah s.a.w malu dengan sifat umatnya pada zaman ini. Na’uzubillah…Wassalam.
Kasih Kholis. 2005
Isnin, 26 November 2007
Cuti Sekolah Versi I
Senario umat manusia hari ini berhempas pulas mempertahankan jati diri dan mencari-cari formula berkesan untuk mengembalikan kegemilangan masa lampau terutama terhadap anak-anak muda masa kini. Memang realiti dunia hari ini mencemaskan juga merimaskan kita. Umat manusia dihambat dengan seribu satu malapetaka moral dan sosial yang parah dan boleh dikatakan amat kritikal.
Segala masalah masyarakat dewasa ini tidak lagi berlegar di sekitar isu-isu biasa dan sekarang menyusur ke arah aktiviti yang lebih memudaratkan diri dan merosakkan masyarakat tetapi mencemarkan dan membusukkan nama baik agama dan masyarakat itu sendiri.
Inikah harga yang perlu dibayar bagi sebuah kemajuan manusia. Keruntuhan moral nilainya. Mana perginya ketamadunan akhlak manusia? Inilah hakikat era globalisasi yang semakin menghijab hati-hati manusia daripada menerima fitrah yang sepatutnya.
Pergi ke mana saja di ceruk negara sendiri, pasti ada adegan ‘panas’ anak-anak remaja yang masih belasan tahun yang begitu menyakitkan mata yang melihat. Tidak kira sama ada di dalam pengangkutan awam, taman rekreasi atau di kompleks membeli belah. Agaknya mereka ini tidak ingat atau tidak tahu bahawa Maha Pencipta sedang memerhati. Apa yang pasti ketika itu hanya melayani kata nafsu. Syaitan pula menjerit keriangan melihat rosaknya anak Adam.
Bila dibincangkan tentang isu-isu begini, ramai yang tampil memberi maklum balas. Ini merupakan satu perkara yang baik tetapi kita kena ingat bahawa maklum balas tersebut perlulah disusuli dengan tindakan. Jangan jadi seperti tin yang kosong; bunyi sahaja yang kuat tetapi tiada apa-apa yang terisi di dalamnya. Kita mencanang sana-sini masalah sosial yang melanda disekeliling kita, tetapi kita tidak berbuat apa-apa. Hanya menjadi pemerhati yang setia tanpa turut sama turun padang untuk membantu. Bila terkena batang hidung sendiri (terjadi kepada anak sendiri), baru muka malu sepuluh inci. Kemudian, sibuk pula menuding jari kepada orang lain.
Sebelum semuanya masih belum terlambat, sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing. Jagalah anak-anak kita jika kita seorang ibu atau bapa. Perhatikan tindak-tanduk adik-adik kita jika kita seorang abang atau kakak. Ingat seperkara, anak-anak muda kini adalah modal pemimpin negara masa hadapan. Kepada mereka jugalah nanti kita bergantung harap nasib negara. Jika ingin tahu nasib negara akan datang, lihatlah generasi muda hari ini.
Adik-adik remaja di luar sana pula, jangan pula asyik berlibur. Tidak salah untuk berhibur di musim sekolah begini selagi ianya tidak melanggar batas syariat. Mungkin ada yang terlampau seronok bercuti sebagai imbalan membalas dendam setelah sekian lama berkepit dengan buku. Jangan sampai cuti kita diisi dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan yang paling mendukacitakan, cuti yang tidak mendapat redha Allah SWT.
Sama-samalah kita ingat-menginggati dan berpesan-pesan. Seperkara, apa yang terjadi sebenarnya semuanya akan berbalik kepada diri kita sendiri kerana apa yang kita tidak dapat dari orang lain mencerminkan apa yang kita enggan berikan kepada orang lain. Sama-sama kita muhasabah buat pedoman.
Kasih Kholis
25 November 2007
10.45 pm
Isnin, 19 November 2007
Jumaat, 16 November 2007
Bersama Islam Membina Masyarakat
|
Tanggapan Muslimin menyangka akan berlaku al-fitan dan kerosakan; berleluasanya kekufuran dan kejahatan menguasai segenap permukaan alam merupakan satu tasawwur yang perlu diperbaiki. Fajar akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah perlu dan pasti dilunturkan dan diruntuhkan di bawah kekuatan yang dimiliki Islam. Sebagai manusia yang punya iman, wajib kita yakin dengan janji Allah SWT.
Sepertimana janjiNya di dalam surah at-Taubah, ayat 32:
“Mereka hendak memadamkan cahaya allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”
Sikap berputus asa, keluh-kesah dan fenomena yang menimpa umat Islam belakangan ini perlu dikikis dan diperangi secara tuntas. Kita seharusnya optimis dengan usaha yang dilakukan bagi mencapai janji Tuhan. Sesungguhnya Muslimin punya kekuatan yang tiada pada manusia lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah meninggalkan banyak kesan yang mendalam dan menusuk hati tiap yang bergelar Islam pada zahir dan batin.
Gerakan dan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk bersama-sama membina masyarakat Islam. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW merupakan ‘Rabbani Taujih’ (panduan dari Allah SWT) yang diberikan kepada Rasulullah SAW sehingga Islam berdiri dengan gahnya di atas muka bumi ini. Dengan berbekalkan pengalaman itu, Muslimin perlu mengatur langkah bersama-sama membina masyarakat Islam.
Apabila kita berbicara soal membina masyarakat Islam, ia bukan sekadar membina sudut fizikal dan materi semata-mata. Ia lebih dari itu. Pembinaan ruh Islam lebih diutamakan dalam menjana kemajuan masyarakat Islam itu sendiri. Melihat perkembangan generasi umat manusia dewasa ini, hampir di seluruh benua di dunia ini dianuti oleh penganut Islam. Jumlah yang ramai ini merupakan satu aset besar dalam memartabatkan kembali ketamadunan Islam membina masyarakatnya dari semua dimensi. Ini adalah nikmat yang perlu kita syukuri.
Jamaluddin al-Afghani pernah berkata kepada rakyat
Gerakan shabab (pemuda-pemudi) merupakan tunggak yang harus memainkan peranan utama dalam memastikan agenda ini tercapai.
Ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: “Impikanlah” Seorang pemuda pernah berkata: “Aku mengimpikan sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah. “ Umar berkata lagi: “Impikanlah.” Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Umar berkata lagi: “Impikanlah.” Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin.” Umar pun berkata: “Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Muasz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah SWT.”
Inilah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda yang beriman dan berjihad menegakkan syiar Islam lebih berharga dan bernilai dari seisi dunia. Justeru, pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Tidakkah kita mahu menjadi salah seorang dari gerakan pemuda Islam ini bersama-sama membina masyarakat Islam? Berpeganglah dengan kata “kalau bukan kita, siapa lagi? Dan kalau tidak sekarang, bila lagi?” Tepuk dada, tanyalah iman.