Jumaat, 16 November 2007

Bersama Islam Membina Masyarakat




Menyorot kembali sejarah kejatuhan empayar Othmaniyah, kita melihat berlaku banyak penindasan dan kekejaman menimpa umat Islam hingga dewasa ini. Umat Islam seolah-olah kehilangan taring untuk melawan kekuatan musuh. Kita kehilangan rijal-rijal yang akan membawa kembali kegemilangan ketamadunan dunia Islam. Semua terpana; seolah-olah hilang panduan melihat kemenangan didominasi lawan.

Tanggapan Muslimin menyangka akan berlaku al-fitan dan kerosakan; berleluasanya kekufuran dan kejahatan menguasai segenap permukaan alam merupakan satu tasawwur yang perlu diperbaiki. Fajar akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah perlu dan pasti dilunturkan dan diruntuhkan di bawah kekuatan yang dimiliki Islam. Sebagai manusia yang punya iman, wajib kita yakin dengan janji Allah SWT.

Sepertimana janjiNya di dalam surah at-Taubah, ayat 32:

Mereka hendak memadamkan cahaya allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”

Sikap berputus asa, keluh-kesah dan fenomena yang menimpa umat Islam belakangan ini perlu dikikis dan diperangi secara tuntas. Kita seharusnya optimis dengan usaha yang dilakukan bagi mencapai janji Tuhan. Sesungguhnya Muslimin punya kekuatan yang tiada pada manusia lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah meninggalkan banyak kesan yang mendalam dan menusuk hati tiap yang bergelar Islam pada zahir dan batin.

Gerakan dan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk bersama-sama membina masyarakat Islam. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW merupakan ‘Rabbani Taujih’ (panduan dari Allah SWT) yang diberikan kepada Rasulullah SAW sehingga Islam berdiri dengan gahnya di atas muka bumi ini. Dengan berbekalkan pengalaman itu, Muslimin perlu mengatur langkah bersama-sama membina masyarakat Islam.

Apabila kita berbicara soal membina masyarakat Islam, ia bukan sekadar membina sudut fizikal dan materi semata-mata. Ia lebih dari itu. Pembinaan ruh Islam lebih diutamakan dalam menjana kemajuan masyarakat Islam itu sendiri. Melihat perkembangan generasi umat manusia dewasa ini, hampir di seluruh benua di dunia ini dianuti oleh penganut Islam. Jumlah yang ramai ini merupakan satu aset besar dalam memartabatkan kembali ketamadunan Islam membina masyarakatnya dari semua dimensi. Ini adalah nikmat yang perlu kita syukuri.

Jamaluddin al-Afghani pernah berkata kepada rakyat India: “Sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris.”

Gerakan shabab (pemuda-pemudi) merupakan tunggak yang harus memainkan peranan utama dalam memastikan agenda ini tercapai.

Ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: “Impikanlah” Seorang pemuda pernah berkata: “Aku mengimpikan sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah. “ Umar berkata lagi: “Impikanlah.” Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Umar berkata lagi: “Impikanlah.” Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin.” Umar pun berkata: “Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Muasz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah SWT.

Inilah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda yang beriman dan berjihad menegakkan syiar Islam lebih berharga dan bernilai dari seisi dunia. Justeru, pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Tidakkah kita mahu menjadi salah seorang dari gerakan pemuda Islam ini bersama-sama membina masyarakat Islam? Berpeganglah dengan kata “kalau bukan kita, siapa lagi? Dan kalau tidak sekarang, bila lagi?” Tepuk dada, tanyalah iman.

Khamis, 15 November 2007

Two Frogs


Once upon a time, a group of frogs were traveling through a jungle and two of them fell into a deep hole. A pit!! The other frogs gathered around the pit and then when they saw how deep the pit was, they told the frogs that they were as good as dead. “Don’t try, you’ll sure die”!! The two frogs still tried and their friends kept on shouting: Don’t try, you’ll surely die.

Finally one of the frogs listened to his friend and gave up. His fear broke him and he died. The other still tried to jump out and his friend kept on discouraging him by saying: “Don’t try, you’ll surely die. But the frog still tried to jump out and at the end, he successfully jumped out.

When he got out, his friends asked him: “did you not hear us?”

The frogs answered: “Luckily, I did not listen to all of you. That’s why, I am still alive!!”

The story teaches us two lessons. Lessons number one: Words have the power to lift up someone who is down. Lesson number two: a negative or destructive word to someone who is down can kill him.

Therefore, speak LIFE to someone who crosses our path. That is the power of words to inspire and motivate us.


Khamis, 1 November 2007


Cuba Checklist PERIBAHASA di bawah ini...


1. Kecil tapak tangan, tapak sulaiman saya tadahkan.

2. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.

3. Siapa makan nangka, dia akan dapat biji nangka.

4. Pucuk dicita ulam raja.

5. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tidak dapat masuk olimpik juga.

6. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.

7. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

8. Tiada rotan, pelempang pun berguna juga.

9. Biar lambat, asalkan tidak cepat.

10. Biar putih tulang, jangan putih gigi.

11. Di mana ada gula, di situ ada gula-gula.

12. Jauh di mata, dekat di mata-mata.

13. Kalah jadi abu, menang jadi arang,seri jadi abu bakar.

14. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.

15. Secupak tidak akan jadi 18 cupak.

16. Gajah mati meninggalkan gadinbg, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan dunia.
17. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan dalam mulut.
18. Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap.

19. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

20. Ayam terlepas, tangan berbau tahi ayam.

21. Berani kerana benar, tekut kerana penakut.

22. Alang-alang mandi, biar guna sabun.

23. Berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

24. Cubit peha kanan, peha kiri tak terasa apa-apa pun.

25. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

26. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

27. Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.

28. Hidup segan, mati ditanam.

29. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

30. Ikut resmi padi, semakin berisi, semakin banyak burung ke mari.

31. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada tangannya.

32. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.

33. Patah tumbuh, hilang report polis.

34. Sambil menyelam, tengok kapal selam.

35. Sehelai selembar benang, lama-lama benang habis.

36. Membujur lalu, melintang pukang.

37. Air yang tenang, jangan disangka tiada ikan.

38. Kalau takut dilambung ombak, jangan cuba naik bot.

39. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

40. Paku dulang paku serpih, paku dinding pucuk paku.

41. Alang-alang menyeluk pekasam, biar jadi sampai masam.

42. Sebab mulut santan binasa, sebab mulut pulut habis.

43. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau tak hujan.

Rabu, 31 Oktober 2007

Betul kita ini kawan???


Kawan... Nak sebut memang mudah Tapi hakikatnya Nak cari kawan sejati punya la payah… Kawan.. Bila tiada ada kita cari Tapi bila dia di depan mata kita tak hargai… Bila kawan berjanji kita nak dia tepati Terlewat seminit muncung kita panjang sedepa Alasan kawan langsung tak nak dengar Tapi kalau kita yang tidak tepati Manisnya bibir menuturkan maaf… Bila kita ada masalah kawan setia di sisi Bukan setakat nasihat malah wang ringgit pun sanggup bagi Waktu tu kita rasa dia la sahabat sehidup semati Tapi bila kawan dihimpit masalah Kita biarkan dia menangis sendiri Jangankan mendekati, bertanya khabar jauh sekali… Bila kita perlukan pertolongan kawan disisi sedia membantu Berat sama dipikul ringan sama dijinjing Tidak pernah sekali pun dia merungut Tapi bila kawan meminta sedikit kudrat kita Tidak habis-habis cerita kita jual Kononnya kawan menyusahkan kita… Kawan simpan semua rahsia kita Kalau kita buat salah, kawan rela terima hukuman Tapi bila kawan tersilap langkah Laju mulut kita menabur cerita Kononnya kawan punya angkara Tidak layak berkawan dengan kita Walaupun hakikatnya kita turut sama melakukan Waktu kita susah kita cari kawan Kita mengeluh bila kita tak ada kawan Kita menangis bila kita ditakdirkan bersendirian Tapi... Kita tak pernah nak hargai nilai sebuah persahabatan Kita tak tahu nak balas budi kawan biarpun bukan itu yang diharapkan kawan Kawan selalu memberi Kawan tak minta dibalas Tapi… Sebagai kawan kita kena la beringat Bukan wang ringgit yang kawan dambakan Bukan kudrat tenaga yang kawan tagihkan Tapi… Secebis kejujuran dan secarik kasih sayang yang dipertaruhkan…

Selasa, 30 Oktober 2007

Salam Kembali...

Salam kembali... hampir sebulan lamanya tangan tak mengusik ruangan blog ini. Sibuk dengan kehidupan harian yang menuntut banyak perkara untuk dilakukan. Rindu rasanya untuk menulis kembali... Novel yang ada pun tertunda sementara. Dorongan dan semangat dari sahabat penyuntik perjuangan... =)

Isnin, 24 September 2007



Sila save poster sempena Ramadhan ini dan sebarkannya... Bersama-sama kita memeriahkannya!!!

Jumaat, 21 September 2007

10 Amalan Terbalik???

Perhatikan...

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati,tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.



3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00
satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya
segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gosip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita???...

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda RasullullahSAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)