Jumaat, 8 Mei 2009

FAKTA atau AUTA?

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupuntanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca 'fakta atau auta' ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Selasa, 3 Jun 2008

Isnin, 12 Mei 2008

Which seat your prefer?







Rabu, 23 April 2008

Bertemu kembali...

Salam buat semua... Rasanya sudah sekian lama tidak menjengah laman... menukilkan sesuatu untuk dikongsi bersama... banyak perkara baru yang menemani hijrah baru ana... Berhijrah ke tempat baru yang mengandungi hikmah hidup yang diatur Allah SWT. Dapat merasakan sesuatu bila diri digelar mu'alimah. Terasa besar amanah dan tanggungjawab mendidik anak bangsa. Banyak perkara baru dipelajari melihat telatah anak-anak muridku yang sememangnya nakal-nakal belaka. Terkadang bibir mengulum senyum melihat gelagat yang mencuit hati. Terkadang juga hati diuji jika kenakalan yang tidak dapat ditahan-tahan lagi. Inilah ujian para mu'alim dan mu'alimah. Benarlah... senang untuk kita membina sebuah bangunan tinggi atau meratakan sebuah gunung dan bukan suatu perkara mudah untuk membina 'insan'... Akhirulkalam... mujahadah dan muhasabahlah diri, bimbinglah mereka yang memerlukan panduan dan bahagiakanlah orang disekeliling kita kerana kita tidak tahu bila kita akan pergi bertemu Ilahi... =) Bertemu lagi... & bertamu lagi untuk perkongsian bersama...

Selasa, 29 Januari 2008

Ayat-Ayat Cinta Film


My favourite first novel. Ini adalah kisah cinta. Tapi bukan cuma sekadar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi turun-naiknya persoalan hidup dengan cara Islam. Fahri bin Abdillah adalah pelajar Indonesia yang berusaha menggapai gelar masternya di Al-Ahzar. Berjibaku dengan panas-debu Mesir. Berkutat dengan berbagai macam target dan kesederhanaan hidup. Bertahan dengan menjadi penerjemah buku-buku agama. Semua target dijalani Fahri dengan penuh antusiasme kecuali satu: menikah.

Kenapa? Karena Fahri adalah lelaki taat yang begitu ‘lurus’. Dia tidak mengenal pacaran sebelum menikah. Dia kurang artikulatif saat berhadapan dengan mahluk bernama perempuan. Hanya ada sedikit perempuan yang dekat dengannya selama ini. Neneknya, ibunya dan saudara perempuannya.

Betul begitu? Sepertinya pindah ke Mesir membuat hal itu berubah. Tersebutlah Maria Girgis. Tetangga satu flat yang beragama Kristen Koptik akan tetapi mengagumi Al Quran. Juga menganggumi Fahri. Kekaguman yang berubah menjadi cinta. Sayang cinta Maria hanya tercurah dalam diari saja.

Lalu ada Nurul. Anak seorang kiai terkenal yang juga mengeruk ilmu di Al Azhar. Sebenarnya Fahri menaruh hati pada gadis manis ini. Sayang rasa mindernya yang hanya anak keturunan petani membuatnya tidak pernah menunjukkan rasa apa pun pada Nurul. Sementara Nurul pun menjadi ragu dan selalu menebak-nebak.

Setelah itu ada Noura. Juga tetangga yang selalu disika ayahnya sendiri. Fahri berempati penuh dengan Noura dan ingin menolongnya. Sayang hanya empati saja. Tidak lebih. Namun Noura yang mengharap lebih. Dan nantinya ini menjadi masalah besar ketika Noura menuduh Fahri memperkosanya.

Terakhir muncullah Aisha. Si mata indah yang menyihir Fahri. Sejak sebuah kejadian di metro, saat Fahri membela Islam dari tuduhan kolot dan kaku, Aisha jatuh cinta pada Fahri. Dan Fahri juga tidak bisa membohongi hatinya.

Lalu bagaimana bocah desa nan lurus itu menghadapi ini semua? Siapa yang dipilihnya? Bisakah dia menjalani semua dalam jalur Islam yang sangat dia yakini?

Nantikan... Lebih lanjut di: http://ayatayatcintathemovie.com

Rabu, 9 Januari 2008

Salam Maal Hijrah 1429


*Salam Maal Hijrah 1429 buat semua umat Islam. Semoga terus tekad & tabah berjuang mendepani cabaran hidup mendatang.

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah


Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Jatuh Cinta Satu Kesilapan?

(DIPETIK daripada BLUES SELAMANYA)

Jatuh cinta satu kesilapan

Limaza…bukankah ia hadir dari rahmat yang Esa

Bukankah ia hadir tanpa dipinta

Hadir tanpa diduga

Jatuh
cinta bukan satu kesilapan
Tapi tempat menguji ketaqwaan
Cintakah kita pada yang Esa atau melangit pada yang tidak kekal
Sama ada kita hamba pada
CINTA atau PENCIPTA

Jatuh
cinta bukan satu kesilapan…
Ia perasaan nan suci
Kita yang menzahirknnya
Kenapa
cinta dipersalahkan
Tatkala ia dinodai
Bukan salah
cinta itu…
Tapi DIRI sebab tak dibina dengan
ISLAM
Tak diperhalusi dengan keimanan
Tak dibajai dengan ketaqwaan

Jatuh
cinta bukan satu kesilapan…
Bukankah Allah Maha Pengasih dan Penyayang
Cinta itu luas maknanya
Cinta IBU membawa ke syurga
Cinta KELUARGA membawa bahagia
Cinta pada KERJINAN perolehi kejayaan
Cinta pada BUKU dicurahkan ilmu
Cinta pada SAHABAT mendapat berkat
Cinta pada IBADAH mendatangkan rahmat Tuhan
Cinta pada ILAHI kebahagiaan hakiki

Tapi memang
cinta satu kesilapan
Jika ia menjauhkan diri dari Pencipta
Jika ia membina jurang dari yang Esa
Jika ia mengalpakan diri
Lantas mengangkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadam cahaya Ilahi
Jika ia mengundang kemurkaan KhalidNYA
Jika ia menjadikan kita hambanya
Maka
cinta itu harus dijauhi
Dan memang ia SATU KESILAPAN...

Rabu, 19 Disember 2007

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Salam. Buat semua umat Islam di dunia... saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. Semoga amalan & ibadah korban kita mendapat berkat dan redha Ilahi. Seronok melihat saudara-saudara kita menunaikan rukun Islam yang kelima. Bila pula giliran kita ya? Yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadah besar ini, sama-sama kita doa agar panjang umur dan bisa melaksanakannya dengan sempurna. InsyaAllah...

Kasih Kholis.

Jumaat, 7 Disember 2007

Bagaimana nak Faham ILLUMINATI?

Kalau nak faham lebih lanjut tentang Illuminati, boleh layari link ini, ia mudah difahami:
Rujuk:
http://home.iae.nl/users/lightnet/world/awaken/nobarbarians1.htm
http://home.iae.nl/users/lightnet/world/awaken/nobarbarians2.htm
http://home.iae.nl/users/lightnet/world/awaken/nobarbarians3.htm
Ia ada 3 bahagian.
Berkenaan bagaimana Illuminati mengawal hidup moden. Perhatikan berapa banyak sudah pun terjadi.
Perubahan dilakukan perlahan-lahan tanpa disedari. Juga, gunakan taktik PRS (Problem, Reaction, Solution). Kawalan ada dlm segenap aspek kehidupan
- Makan, Minum, Hiburan, Seks, Keluarga, Kewangan, Kesihatan dll.
Sekian, wassalam.

Mengenal Tuju & Hala. Apa itu Illuminati?

Suatu ketika dulu, kita pernah didedahkan dengan satu isu yang dikupas oleh mereka yang berfikir. Isu ini membawa kita kepada satu fokus yang amat berat, penting dan perlu diambil serius. Ia dibicarakan begitu hangat di dunia Barat, tetapi tidak di rantau dunia Timur. Perkara ini adalah berkenaan dengan pertubuhan rahsia yang dikenali dengan nama “Illuminati” atau “New World Order (NWO)” / “Shadow Government”.



Hmm…kita tidak sedar bukan? Perasan atau tidak sebenarnya kita sudah dijajah…sedang dijajah dan mungkin akan dijajah… Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan ini tetapi setelah memahami bukan hanya sekadar mengetahui, pasti kita tidak sanggup diperkotak-katikkan pemikiran kita. Siapa yang sanggup dijadikan hamba? Tambahan pula mendapat tuan yang galak “mengambil kesempatan atas kesempitan” orang lain. Tamsilan berkenaan tajuk ini iaitu illuminati banyak yang boleh dikupas dan diperkatakan juga dikhususkan serta diuraikan satu persatu waima berkenaan politik, ekonomi, budaya dan aspek yang paling besar sekali dalam perbincangan kali ini berkait rapat dengan agama. Di mana peranan kita sebagai salah seorang umat yang bergelar dan hidup dengan nama Islam. Mungkinkah perkembangan Islam di dalam arus illumunati sudah kehilangan momentum atau daya?

Fahaman atau perspektif terhadap illuminati merupakan suatu masalah fundamental yang masih belum diselesaikan secara tuntas. Kini, tokoh sekular Barat berentak laju cuba memisahkan peranan agama daripada aspek-aspek kehidupan semasa umat Islam. Senario seperti ini sering menimbulkan kekeliruan khususnya kepada masyarakat awam sama ada Islam atau bukan Islam yang sering membuat analisis ringkas atau bersifat zahir terhadap sesuatu isu. Konsepsi di atas dipercayai membentuk tanggapan umum dalam masyarakat dalam menentukan sesuatu perkara atau keputusan itu.

Untuk pengetahuan semua, illuminati adalah nama kepada kumpulan, moden dan sejarah, nyata dan rekaan atau khayalan, pengesahan dan tuduhan. Rumit bukan untuk memahami apakah itu sebenarnya illuminati? Walau bagaimanapun, kebiasaannya merujuk dan khusus kepada Illuminati Bavarian, merupakan rahsia baru dalam semua rahsia masyarakat di dunia. Semuanya merujuk kepada tuduhan bayang-bayang organisasi yang berkonspirasi yang mengawal dunia dengan perkara yang tidak diketahui ramai. Selalunya di zaman moden kepada penerusan dan jelmaan illuminati Bavarian. Kadangkala illuminati digunakan seerti dengan “New World Order (NWO)”. Gerakan atau pertubuhan ini sebenarnya adalah rentetan dan kesinambungan daripada Gerakan Freemansory.

Perkataan illuminati bermula ketika menyedarkan orang ramai di Latin, di mana ia adalah secara semulajadi daripada beberapa kumpulan sejarah yang tidak berhubungan yang identifikan sebagai Illuminati. Perkataan ini juga bermaksud pertubuhan cahaya. Pergerakan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishaupt (meninggal dunia pada tahun 1830M) pada tahun 1776M yang merupakan seorang professor theologi di University Angold Stadt, Jerman yang menganut agama Atheisme. Beliau merupakan salah seorang daripada anggota Freemasonry telah murtad daripada agama Kristian lalu menubuhkan pertubuhan ini. Sebelum itu, pada tahun, pada tahun 1770M, beliau telah didatangi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman yang mempengaruhi beliau ke dalam Gerakan Freemasonry.

Perkataan illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan illuminati yang dianggotai oleh oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi. Manakala di dalam bahasa Arab pula illuminati bermaksud al-Nuraniyin. Nama illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini.


Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit dolar Amerika Syarikat berharga USD 1.00. Lambang yang ada pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan illuminati yang bernama Pat Robertson.

Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rotschild yang merupakan gedung kewangan yang dikuasai oleh Yahudi. Perkataan illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis) yang beerti “Pemegang Cahaya”. Beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yang benar-benar berwibawa sahaja, maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota Freemasonry peringkat tinggi. Pengikut-pengikut ini memang berkemahiran delam semua aspek kehidupan telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai “Lodges of The Grand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi (Freemasonry/ Zionisme).

Menurut perncangan tersebut, agentur-agentur Illuminati perlu melaksanakan perkara berikut:
  • Gunakan rasuah-rasuah berupa wang dan seks untuk mengusai orang-orang yang telah menduduki tempat-tempat tinggi dalam jawatan kerajaan seluruh dunia dan lain-lain bidang manusia. Setelah mereka termasuk dalam perangkap ini maka tundukkan mereka dengan berbagai-bagai “Black-Mail” (ugutan membocorkan rahsia keajaiban) dan ugutan kewangan ataupun ugutan untuk mencederakan tubuh badan serta orang kesayangan mereka. Angota-anggota Illuminati hendaklah menduduki kerusi-kerusi penting di universiti-universiti dan memujuk pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memahami Ideology Internasioalisme (pemerintahan tunggal). Mereka akan dibekalkan dengan biasiswa untuk menerima latihan di luar negeri. Antara markas yang dapat dikenalpasti ialah di Gordonstoun (Scotland), Salem (Germany) dan Anavryta (Greece).
  • Orang-orang yang telah terperangkap dan pelajar-pelajar yang telah menerima latihan hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang strategik sebagai agentur dalaman di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka ini dijadikan sebaga pakar, penasihat dan juga perunding supaya mereka dapat menasihati orang atasan mengikuti polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh mereka.
  • Hendaklah menguasai surat khabar dan media massa yang lain. Berita dan maklumat yang diperolehi perlu diputarbelitkan supaya masyarakat mempercayai bahawa dengan pemerintahan tunggal sahaja yang dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul.
Berikut merupakan matlamat illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:
1. Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berpelembagaan.
2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka.
3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian.
4. Menghapuskan semangat nasionalisme.
5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia.
6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme.

Tidak syak lagi umat Islam perlu berjihad semula, bukan sahaja dalam bidang undang-undang, tetapi dalam semua aspek bidang kehidupan – politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, ilmu pengetahuan dan falsafah. Jihad ini perlu, kerana bolehkah kita, sebagai makhluk rasional, hidup tanpa berfikir? Jihad tidak lain ialah berfikir secara kreatif dan rasional, berpandukan wahyu Allah s.w.t iaitu al-Quran bagi menyelesaikan masalah-masalah kehidupan moden masa kini. Sebagai makhluk yang berfikir dan digelarkan sebagai Muslim, siapa lagi yang diberikan panduan al-Quran oleh ar-Rahman untuk mendepani musibah dengan musuh-musuh Islam terutama perkara ini yang baru mula menular di segenap celah-celah dan ruang-ruang hati Muslim yang kosong yang tidak diisi dengan jiwa Islamiah.

Illumianti; agenda tersembunyi memusnahkan Islam di era globalisasi! Contoh yang paling mudah untuk dibuat tamsilan ialah globalisasi di mana ia adalah satu proses menunjukkan dunia dalam setiap sektor dengan satu acuan kemanusiaan tertentu. Globalisasi mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat. Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata. Globalisasi adalah istilah lunak yang mereka gunakan untuk mengantikan imprialisme dan penjajahan. Bijak bukan? Sedap di pendengaran kita perkataan globalisasi itu sendiri tetapi azab menanti kita suatu hari nanti jika kita lalai meneliti apakah yang sebenarnya globalisasi! Tingkahlaku harian kita pada hari ini banyak mengikut arus globalisasi yang diwar-warkan dunia Barat dan tidakkah kita sebagai Muslim yang berfikir mengabungkan cara hidup Islam atau “the way of Islam” di dalam arus permodenan globalisasi selagi ianya tidak melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.

Jika mereka bijak dengan strategi agenda mereka, mengapa tidak kita? Ternyata bukan, Illuminati merupakan salah satu agenda tersembunyi pihak musuh Islam memperbodohkan minda kita dan membolak-balikkan hati dan jiwa kita. Keresahan kita bukan pada resahnya di akhirat sana tetapi lebih resah dan tertumpu kepada hidup di dunia sementara ini. Jika pihak musuh Islam ini rancak dengan agenda-agenda tersembunyi mereka bagi menghancurkan kita, mengapa kita tidak membuat persediaan dan rancangan-rancangan atau method-method tertentu bagi mendepani mereka. Jangankan sehingga Allah s.w.t murka dengan makhluk yang berakal ini lebih-lebih lagi umat Islam dan jangankan sehingga Rasulullah s.a.w malu dengan sifat umatnya pada zaman ini. Na’uzubillah…Wassalam.

Kasih Kholis. 2005

Isnin, 26 November 2007

Cuti Sekolah Versi I

Selamat bersua kembali tetapi kali ini di dalam suasana yang cukup seronok. Musim cuti sekolah, tetapi tidak bagi adik-adik remaja yang sedang berperang dengan peperiksaan besar; SPM yang tinggal beberapa hari lagi. Semoga berjaya diucapkan. Apabila melihat dengan tunak mata sendiri akan rencana dan aktiviti adik-adik kita yang sedang menikmati cuti sekolah kali ini, timbul rasa bimbang yang tiada bertepi.

Senario umat manusia hari ini berhempas pulas mempertahankan jati diri dan mencari-cari formula berkesan untuk mengembalikan kegemilangan masa lampau terutama terhadap anak-anak muda masa kini. Memang realiti dunia hari ini mencemaskan juga merimaskan kita. Umat manusia dihambat dengan seribu satu malapetaka moral dan sosial yang parah dan boleh dikatakan amat kritikal.

Segala masalah masyarakat dewasa ini tidak lagi berlegar di sekitar isu-isu biasa dan sekarang menyusur ke arah aktiviti yang lebih memudaratkan diri dan merosakkan masyarakat tetapi mencemarkan dan membusukkan nama baik agama dan masyarakat itu sendiri.

Inikah harga yang perlu dibayar bagi sebuah kemajuan manusia. Keruntuhan moral nilainya. Mana perginya ketamadunan akhlak manusia? Inilah hakikat era globalisasi yang semakin menghijab hati-hati manusia daripada menerima fitrah yang sepatutnya.

Pergi ke mana saja di ceruk negara sendiri, pasti ada adegan ‘panas’ anak-anak remaja yang masih belasan tahun yang begitu menyakitkan mata yang melihat. Tidak kira sama ada di dalam pengangkutan awam, taman rekreasi atau di kompleks membeli belah. Agaknya mereka ini tidak ingat atau tidak tahu bahawa Maha Pencipta sedang memerhati. Apa yang pasti ketika itu hanya melayani kata nafsu. Syaitan pula menjerit keriangan melihat rosaknya anak Adam.

Bila dibincangkan tentang isu-isu begini, ramai yang tampil memberi maklum balas. Ini merupakan satu perkara yang baik tetapi kita kena ingat bahawa maklum balas tersebut perlulah disusuli dengan tindakan. Jangan jadi seperti tin yang kosong; bunyi sahaja yang kuat tetapi tiada apa-apa yang terisi di dalamnya. Kita mencanang sana-sini masalah sosial yang melanda disekeliling kita, tetapi kita tidak berbuat apa-apa. Hanya menjadi pemerhati yang setia tanpa turut sama turun padang untuk membantu. Bila terkena batang hidung sendiri (terjadi kepada anak sendiri), baru muka malu sepuluh inci. Kemudian, sibuk pula menuding jari kepada orang lain.

Sebelum semuanya masih belum terlambat, sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing. Jagalah anak-anak kita jika kita seorang ibu atau bapa. Perhatikan tindak-tanduk adik-adik kita jika kita seorang abang atau kakak. Ingat seperkara, anak-anak muda kini adalah modal pemimpin negara masa hadapan. Kepada mereka jugalah nanti kita bergantung harap nasib negara. Jika ingin tahu nasib negara akan datang, lihatlah generasi muda hari ini.

Adik-adik remaja di luar sana pula, jangan pula asyik berlibur. Tidak salah untuk berhibur di musim sekolah begini selagi ianya tidak melanggar batas syariat. Mungkin ada yang terlampau seronok bercuti sebagai imbalan membalas dendam setelah sekian lama berkepit dengan buku. Jangan sampai cuti kita diisi dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat dan yang paling mendukacitakan, cuti yang tidak mendapat redha Allah SWT.

Sama-samalah kita ingat-menginggati dan berpesan-pesan. Seperkara, apa yang terjadi sebenarnya semuanya akan berbalik kepada diri kita sendiri kerana apa yang kita tidak dapat dari orang lain mencerminkan apa yang kita enggan berikan kepada orang lain. Sama-sama kita muhasabah buat pedoman.

Kasih Kholis
25 November 2007
10.45 pm

Isnin, 19 November 2007

Jumaat, 16 November 2007

Bersama Islam Membina Masyarakat




Menyorot kembali sejarah kejatuhan empayar Othmaniyah, kita melihat berlaku banyak penindasan dan kekejaman menimpa umat Islam hingga dewasa ini. Umat Islam seolah-olah kehilangan taring untuk melawan kekuatan musuh. Kita kehilangan rijal-rijal yang akan membawa kembali kegemilangan ketamadunan dunia Islam. Semua terpana; seolah-olah hilang panduan melihat kemenangan didominasi lawan.

Tanggapan Muslimin menyangka akan berlaku al-fitan dan kerosakan; berleluasanya kekufuran dan kejahatan menguasai segenap permukaan alam merupakan satu tasawwur yang perlu diperbaiki. Fajar akan menyinsing tidak lama lagi. Jahiliyah perlu dan pasti dilunturkan dan diruntuhkan di bawah kekuatan yang dimiliki Islam. Sebagai manusia yang punya iman, wajib kita yakin dengan janji Allah SWT.

Sepertimana janjiNya di dalam surah at-Taubah, ayat 32:

Mereka hendak memadamkan cahaya allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”

Sikap berputus asa, keluh-kesah dan fenomena yang menimpa umat Islam belakangan ini perlu dikikis dan diperangi secara tuntas. Kita seharusnya optimis dengan usaha yang dilakukan bagi mencapai janji Tuhan. Sesungguhnya Muslimin punya kekuatan yang tiada pada manusia lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah meninggalkan banyak kesan yang mendalam dan menusuk hati tiap yang bergelar Islam pada zahir dan batin.

Gerakan dan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk bersama-sama membina masyarakat Islam. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW merupakan ‘Rabbani Taujih’ (panduan dari Allah SWT) yang diberikan kepada Rasulullah SAW sehingga Islam berdiri dengan gahnya di atas muka bumi ini. Dengan berbekalkan pengalaman itu, Muslimin perlu mengatur langkah bersama-sama membina masyarakat Islam.

Apabila kita berbicara soal membina masyarakat Islam, ia bukan sekadar membina sudut fizikal dan materi semata-mata. Ia lebih dari itu. Pembinaan ruh Islam lebih diutamakan dalam menjana kemajuan masyarakat Islam itu sendiri. Melihat perkembangan generasi umat manusia dewasa ini, hampir di seluruh benua di dunia ini dianuti oleh penganut Islam. Jumlah yang ramai ini merupakan satu aset besar dalam memartabatkan kembali ketamadunan Islam membina masyarakatnya dari semua dimensi. Ini adalah nikmat yang perlu kita syukuri.

Jamaluddin al-Afghani pernah berkata kepada rakyat India: “Sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris.”

Gerakan shabab (pemuda-pemudi) merupakan tunggak yang harus memainkan peranan utama dalam memastikan agenda ini tercapai.

Ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: “Impikanlah” Seorang pemuda pernah berkata: “Aku mengimpikan sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah. “ Umar berkata lagi: “Impikanlah.” Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Umar berkata lagi: “Impikanlah.” Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin.” Umar pun berkata: “Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Muasz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah SWT.

Inilah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda yang beriman dan berjihad menegakkan syiar Islam lebih berharga dan bernilai dari seisi dunia. Justeru, pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini. Tidakkah kita mahu menjadi salah seorang dari gerakan pemuda Islam ini bersama-sama membina masyarakat Islam? Berpeganglah dengan kata “kalau bukan kita, siapa lagi? Dan kalau tidak sekarang, bila lagi?” Tepuk dada, tanyalah iman.

Khamis, 15 November 2007

Two Frogs


Once upon a time, a group of frogs were traveling through a jungle and two of them fell into a deep hole. A pit!! The other frogs gathered around the pit and then when they saw how deep the pit was, they told the frogs that they were as good as dead. “Don’t try, you’ll sure die”!! The two frogs still tried and their friends kept on shouting: Don’t try, you’ll surely die.

Finally one of the frogs listened to his friend and gave up. His fear broke him and he died. The other still tried to jump out and his friend kept on discouraging him by saying: “Don’t try, you’ll surely die. But the frog still tried to jump out and at the end, he successfully jumped out.

When he got out, his friends asked him: “did you not hear us?”

The frogs answered: “Luckily, I did not listen to all of you. That’s why, I am still alive!!”

The story teaches us two lessons. Lessons number one: Words have the power to lift up someone who is down. Lesson number two: a negative or destructive word to someone who is down can kill him.

Therefore, speak LIFE to someone who crosses our path. That is the power of words to inspire and motivate us.


Khamis, 1 November 2007


Cuba Checklist PERIBAHASA di bawah ini...


1. Kecil tapak tangan, tapak sulaiman saya tadahkan.

2. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.

3. Siapa makan nangka, dia akan dapat biji nangka.

4. Pucuk dicita ulam raja.

5. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tidak dapat masuk olimpik juga.

6. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.

7. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

8. Tiada rotan, pelempang pun berguna juga.

9. Biar lambat, asalkan tidak cepat.

10. Biar putih tulang, jangan putih gigi.

11. Di mana ada gula, di situ ada gula-gula.

12. Jauh di mata, dekat di mata-mata.

13. Kalah jadi abu, menang jadi arang,seri jadi abu bakar.

14. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.

15. Secupak tidak akan jadi 18 cupak.

16. Gajah mati meninggalkan gadinbg, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan dunia.
17. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan dalam mulut.
18. Harapkan pagar, pagar tak boleh diharap.

19. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

20. Ayam terlepas, tangan berbau tahi ayam.

21. Berani kerana benar, tekut kerana penakut.

22. Alang-alang mandi, biar guna sabun.

23. Berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

24. Cubit peha kanan, peha kiri tak terasa apa-apa pun.

25. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

26. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

27. Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.

28. Hidup segan, mati ditanam.

29. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

30. Ikut resmi padi, semakin berisi, semakin banyak burung ke mari.

31. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada tangannya.

32. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.

33. Patah tumbuh, hilang report polis.

34. Sambil menyelam, tengok kapal selam.

35. Sehelai selembar benang, lama-lama benang habis.

36. Membujur lalu, melintang pukang.

37. Air yang tenang, jangan disangka tiada ikan.

38. Kalau takut dilambung ombak, jangan cuba naik bot.

39. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

40. Paku dulang paku serpih, paku dinding pucuk paku.

41. Alang-alang menyeluk pekasam, biar jadi sampai masam.

42. Sebab mulut santan binasa, sebab mulut pulut habis.

43. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau tak hujan.

Rabu, 31 Oktober 2007

Betul kita ini kawan???


Kawan... Nak sebut memang mudah Tapi hakikatnya Nak cari kawan sejati punya la payah… Kawan.. Bila tiada ada kita cari Tapi bila dia di depan mata kita tak hargai… Bila kawan berjanji kita nak dia tepati Terlewat seminit muncung kita panjang sedepa Alasan kawan langsung tak nak dengar Tapi kalau kita yang tidak tepati Manisnya bibir menuturkan maaf… Bila kita ada masalah kawan setia di sisi Bukan setakat nasihat malah wang ringgit pun sanggup bagi Waktu tu kita rasa dia la sahabat sehidup semati Tapi bila kawan dihimpit masalah Kita biarkan dia menangis sendiri Jangankan mendekati, bertanya khabar jauh sekali… Bila kita perlukan pertolongan kawan disisi sedia membantu Berat sama dipikul ringan sama dijinjing Tidak pernah sekali pun dia merungut Tapi bila kawan meminta sedikit kudrat kita Tidak habis-habis cerita kita jual Kononnya kawan menyusahkan kita… Kawan simpan semua rahsia kita Kalau kita buat salah, kawan rela terima hukuman Tapi bila kawan tersilap langkah Laju mulut kita menabur cerita Kononnya kawan punya angkara Tidak layak berkawan dengan kita Walaupun hakikatnya kita turut sama melakukan Waktu kita susah kita cari kawan Kita mengeluh bila kita tak ada kawan Kita menangis bila kita ditakdirkan bersendirian Tapi... Kita tak pernah nak hargai nilai sebuah persahabatan Kita tak tahu nak balas budi kawan biarpun bukan itu yang diharapkan kawan Kawan selalu memberi Kawan tak minta dibalas Tapi… Sebagai kawan kita kena la beringat Bukan wang ringgit yang kawan dambakan Bukan kudrat tenaga yang kawan tagihkan Tapi… Secebis kejujuran dan secarik kasih sayang yang dipertaruhkan…

Selasa, 30 Oktober 2007

Salam Kembali...

Salam kembali... hampir sebulan lamanya tangan tak mengusik ruangan blog ini. Sibuk dengan kehidupan harian yang menuntut banyak perkara untuk dilakukan. Rindu rasanya untuk menulis kembali... Novel yang ada pun tertunda sementara. Dorongan dan semangat dari sahabat penyuntik perjuangan... =)

Isnin, 24 September 2007



Sila save poster sempena Ramadhan ini dan sebarkannya... Bersama-sama kita memeriahkannya!!!

Jumaat, 21 September 2007

10 Amalan Terbalik???

Perhatikan...

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati,tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.



3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00
satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya
segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gosip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita???...

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda RasullullahSAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)